Friday, 27 July 2012

Stokis Bergerak Cepat (SBC)

KEISTIMEWAAN STOKIS EMA CANTEK:

  • FREE PERKHIDMATAN KESIHATAN ~ APA-APA SAHAJA MASALAH @ INGIN BERTANYA BOLEH MENGHUBUNGI EMA.
  • MEMBERIKAN SERVICE YANG Tepat & Cepat ....INSYALLAH
  • MEMANTAU PV ANDA DARI SEMASA KE SEMASA

KEISTIMEWAAN JADI BIZNESS PARTNER EMA CANTEK :

 


* PROMOSI MENJADI STOKIS EMA CANTEK HANYA RM1,000.00 SAHAJA.......
  • REBET TUNAI 6% SETIAP KALI TEBUS PRODUK ~ PERTAMA KALI PEMBELIAN TERUS DAPAT REBET
  • REBET 6% ADALAH SEUMUR HIDUP (FREE KAD SBC)
  • PRODUK DIPILIH SENDIRI OLEH ANDA
  • DAPAT UNTUNG RUNCIT 20% - 30%
  • BIZNESS HANYA DI FB @ BLOG ~ SEKIRANYA TIADA KEMAHIRAN, EMA CANTEK & LEADER2 TEAM CANTEK AKAN AJAR SATU PERSATU...FREE AJE
  • TIDAK PAYAH SEWA KEDAI, CARI PEKERJA, BAYAR GAJI PEKERJA...HANYA PROMOTE MULUT KE MULUT 
  • DAPAT BONUS BULANAN
  • DAPAT BONUS KERETA 
  • PELUANG KENAIKAN PANGKAT
  • MENAMBAH KENALAN
antara contoh barang SBC 1K

CREDIT: KJC

CALL/MESEJ 017-9430121
EMAIL: emacantek@gmail.com

PROMOSI HEBAT 35%!!!!!!!

PROMOSI!!! PROMOSI!! SALE 35% NOW UNTUK FOUNDATION STICK NI!!!!!
TAMPIL DENGAN WAJAH YANG CANTIK BERSERI DI LEBARAN NANTI!!!
p/s: Harga runcit RM 108, dengan diskaun 35% anda dapt jimat banyak!!!!




*Promosi sah selagi stok masih ada

Call/Mesej 017-9430121
email: emacantek@gmail.com



Thursday, 26 July 2012

7 Sebab anda lesu dan letih


Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya.

Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab ke 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.


Dengan penggunaan SET WANITA ANGGUN yang KONSISTEN!! anda boleh menangani masalah keletihan dan kelesuan anda!!!!
Call/Mesej 017-9430121
email: emacantek@gmail.com


Sumber : Alamhamil

Andalah Penyebab Kanser Usus!!!!




Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda kanser usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut: 
  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  5. Berat badan turun mendadak.
  6. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.
Keupayaan diserang kanser usus

Risiko anda semakin tinggi jika: 
  • Terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.
Rawatan barah usus

Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.



Ujian saringan barah usus

Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.

Bagaimana kurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
  • Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • Amalkan berat badan yang sihat.
  • Amalkan bersenam dengan konsisten.
  • Jauhi tabiat merokok.
  • Elakkan atau kurangkan minum alkohol.

    Jika anda mengikuti panduan di atas, kemungkinan risiko menghidapi barah usus amatlah kurang.
cr to Klinik Cybermedik


Sisa Kering yang terdapat di usus boleh menyebabkan tersumbat..
Tahukah anda kesihatan usus memainkan peranan besar kepada kesihatan. Usus bukan sekadar sebagai tempat salur laluan makanan sebelum dikumuhkan, malah ia berperanan sebagai barisan pertahanan penting tubuh terhadap bakteria berbahaya.

Kesihatan usus akan mempengaruhi penyerapan nutrien dan zat daripada makanan dan ini tentunya memberi kesan kepada kesihatan tubuh yang juga mempengaruhi kekuatan sistem imuniti badan kita. Janganlah kita abaikan usus kita...sayangi usus kita...

Sekiranya usus kita tersumbat @ kotor pelbagai penyakit datang dengan mudah tanpa kita sedari. Oleh itu sama-samalah kita DETOX usus kita dengan NU~CLONZ...pencuci usus terbaik anda.

Sebab pentingnya DETOX ini, ema memang selalu syorkan pada customer yang pertama kali ingin mencuba produk DCL agar DETOX badan dengan NU~CLONZ terlebih dahulu...cuci segala kotoran yang ada di usus kita baru mulakan makan produk DCL...agar kebaikan produk yang anda makan dapat diserap kedalam badan anda dengan optimum.
 


Oleh itu sama-sama lah kita DETOX usus kita.. Bagaimana nak DETOX?? NU-CLONZ adalah yang terbaik untuk mencuci usus anda.
Call/mesej 017-9430121
email: emacantek@gmail.com

Alamak Buasir!!!!!!


Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia.


Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.



Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. 



Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).



Bagaimana Buasir Terjadi

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.


Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.



Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.



Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.



Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.



Jumpa Doktor Segera

Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.


Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.



Punca-punca Buasir



* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.



* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.






Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.



Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.



Rawatan


Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.



Krim/Salap



Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.



Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama.

Daflon

Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Ligasi Pita Getah

Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

Hemorhoidektomi

Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.


Pembedahan eksisi

Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler)

Lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketiga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan.


Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

Cara efektif lain yang boleh merawat masalah buasir adalah dengan mengamalkan produk Bidadari dan juga Nuclonz. Caranya:

  1. Ambil nuclonz untuk memudahkan proses pembuangan dan untuk proses detoks ( normally sape2 yang mengalami masalah buasir ni susah nak membuang air besar).
  2.  Kemudian. ambil 1 sudu kecil bidadari dan sapu di bawah buasir. 


Amalkan selalu sehingga buasir tu mengecut ok!! InsyALLAH...






Salah satu testimoni pengguna yang mengalami masalah buasir dan sembuh dengan produk DCL

Pic Source dari leader kak nad cantek

Call / Mesej 017-9430121 @ inbox emacantek@gmail.com


Pueraria mirifica dalam Q~SHE


Pueraria mirifica dalam qshe merupakan anugerah Tuhan yang boleh membantu meningkatkan dan membaik pulih kadar hormon estrogen dalam badan wanita yang mengaktifkan kolagen di bawah kulit.

Pueraria mirifica dalam qshe dapat membaik pulih kadar hormon estrogen dalam badan wanita kerana keupayaan pengeluarannya mempengaruhi pembentukan bentuk badan seseorang wanita di awal baligh. Biasanya umur 9-21 tahun. Lepas umur 21 tahun selalunya penghasilan estrogen dalam tubuh akan berhenti dan akan terhasil sekali dalam tempoh sebulan iaitu ketika seseorang wanita dalam haid.


Bila wanita tak menjaga kesihatan diri, ia akan membuatkan wanita itu berhadapan dengan risiko terhentinya pengeluaran estrogen. Dan kesannya, haid terputus awal dan berhadapan dengan menopaus yang terlalu awal. Selain dari itu, pertumbuhan bentuk badan pun tergendala dan terbantut, contohnya payudara terlalu kecil.

Pueraria mirifica dalam qshe di ambil dari gred terbaik yang tumbuh di utara Thailand.

Pueraria mirifica
Kebaikan Pueraria mirifica dalam qshe mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh wanita. Antaranya :-

  • kebaikan terhadap payudara dan punggung. Ia mampu mengangkat dan menganjalkan kembali payudara agar lebih mantap dan padat serta menegangkan.
  • kebaikan terhadap rahim wanita dan vagina. Ia mampu memberi perlindungan ke atas masalah-masalah yang berkaitan rahim, penyelesaian masalah bagai mereka yang ada masalah keputihan dan masalah haid tak teratur, serta menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder), mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj dan anak dara pun boleh amalkan.
  • kebaikan terhadap rambut. Mencegah rambut lemah, rapuh, bercabang, gugur serta cepat beruban dan menjadikan rambut anda lebih sihat bersinar.

  Cuba Q-she anda pasti puas hati, suami mesti angkat ibu jari!!



*Credit to Azah Cantek

Call/mesej 017-9430121 
email: emacantek@gmail.com

Wednesday, 25 July 2012

Tampil Cergas Di Bulan Ramadhan


Salam ramadhan semua... wwaaahhh xsedar je kan kita dah berada di bulan yang mulia dan barakah ni kan... bak kata orang pejam celik pejam celik dah puasa, pastu raya, pastuuuuu three hehehe... Bulan puasa ni, ramai yang mengambil kesempatan nak pertingkatkan amalan.. Adakah anda tahu, salah satu amalan yang bagus di bulan puasa adalah dengan mengikut perintah ALLAH untuk bangun bersahur dan bersahur juga merupakan sunnah Rasulullah...

Nabi SAW bersabda: “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Zaid bin Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Kemudian Zaid bin Thabit disoal: Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)? Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.”(Hadis riwayat Bukhari)



Bersahur hukumnya sunat. Tapi walaupun sunat, namun besar manfaatnya. Antaranya:

  1. Mendapat bekalan tenaga yang cukup untuk berpuasa sepanjang hari. 
  2. Dapat pahala kerana melakukan sunnah Rasulullah S.A.W





Bekerja di bulan berpuasa pasti menjadi 1 cabaran pada kita semuakan. Tahun ni merupakan tahun pertama ema bekerja di bulan puasa. Penat tu memang tak dapat dinafikan. Tapi alhamdulillah setakat ni ema tetap rasa cergas walaupn kadang2 sahur makan kurma 2 biji n minum air masak je hehehe.. Ooopss bukan malas masak tau cuma kekurangan bahan mentah hahaha... Nak tau rahsia cergas ema??? 


Haaa nilah rahsianya!! Sepanjang bulan ramadhan ni dan masa ema buat puasa ganti ema hari tu pun ema amalkan set ni. Alhamdulillah kesan dia sangat2 positif!!! Kalau dulu, asyik kerling jam je, tak pun habiskan masa dengan tidur huhuhu buruk perangai. Tapi sekarang alhamdulillah, nak buat tawaf 1 bangunan tempat kerja ema ni pun still xrasa penat sangat. Nak tau kenapa set ni boleh buat anda rasa cergas dan tak penat ? sila rujuk sini, sini dan sini.

OOOOPPSSSS SEKEJAP!!

Takkan lah si jejaka nak minum jus bidadari plak kan.. Tenang ya bapak2 sekalian.. Ni ada juga untuk cowok2 ganteng and para suami sekalian.


Jom tampil cergas dibulan ramadhan ini!!
call / message 017-9430121 @ email emacantek@gmail.com





Monday, 23 July 2012

Golongan Wanita Yang Mudah Ditipu

Post yang berinformasi ni di culik daripada wall Kak Jumaiyie Cantek :P 


ENAM GOLONGAN WANITA yang MUDAH DITIPU

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki

Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin

Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri.

Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’ mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

3. Wanita `sosial’

Wanita yang sosial, suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah `masa muda inilah nak berseronok dan rasa macam-macam’, mereka sebenarnya `mengiklankan’ diri kepada spesies lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki tidak bertanggungjawab.

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal.

Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak `terpilih’ lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia `terjebak’ sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

5. Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya

Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda?

Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu, semakin usaha perlu digandakan meningkatkan `sistem pertahanan diri’.

Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus yang ada pada lelaki.

6. Wanita yang sabar tidak bertempat

Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu `makan hati berulam jantung’ atau mungkin juga `makan tangan berulam kaki’. Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan.



Kenapa kita perlu jadi seperti di atas.. Wanita insan istimewa.. Hargailah diri anda semua... GIRLS POWER!!!! 








p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga.