16 Mei setiap tahun merupakan hari penghargaan buat semua guru2 di dunia.. Ema ingat lagi dulu2 time masih di bangku sekolah lagi, pada tarikh 16 mei ni kami kawan2 semua sibuk membanding2kan hadiah untuk cikgu2 kesayangan masing2. Yang paling tak boleh ema lupa, masa ema sekolah rendah,( ema dulu sekolah kat SRJKC Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu) ema sangat2 menantikan hari2 istimewa macam hari guru ni diadakan. Sebab kat sekolah ema dulu kalau ada hari2 istimewa mcm hari guru, hari sukan sekolah atau hari kanak2, mesti ada persembahan pentas dan dapat snek2 percuma + xde sesi pembelajaran hahaha. Memang best sangat2. Dapat tengok cikgu2 semua main aktiviti sukaneka, bersemuka dengan cikgu sekolah and ucap "教师节快乐" (dulu ema sekolah cina so nilah ucapan yang ema bagi kat cikgu2 ema) maksudnya "HAPPY TEACHER'S DAY"
Rindu rasanya nak blik zaman sekolahkan. jadi budak2 balik. lari sana-sini, gelak kuat2 sesama geng bus sekolah haha & buat kerja rumah yang bertimbun tu. Semua tu kenangan terindah kan. Ema ingat lagi, dulu ema tak suka sifir. Sampai cikgu ema denda ema suruh hafal sifir & baca kuat2 kat dalam bilik guru waktu rehat.. Malu kot bila ingat blik. Tapi kejadian tu lah yang buatkan ema berusaha gigih untuk kuasai sifir.. malulah bila semua cikgu pandang kat ema sambil senyum sinis sebab xpandai sifir +_+'.
Besar sebenarnya pengorbanan seorang warga pendidik. Bukan mudah nak jadi seorang yang betul2 penyabar dengan ragam budak2 ni. Dulu ema pernah bercita2 nak jadi guru. (cita2 zaman budak2) tapi hehehe last2 xkesampaian. sebab ema rasa ema bukanlah pendidik yang bagus sebabnya ema ni kurang sabar kot. Buktinya, haha adik ema yang paling bongsu menangis time ema ajar dia buat kerja sekolah matematik hahaha.. kena jerkah sampai menangis tersedu-sedan.. memang tak boleh lupa. sebab tu ema respect dengan cikgu ni.. tapi walaupun garang2 ema, ema pernah juga jadi cikgu tuisyen ajar kawan adik2 ema bahasa cina tau haha and plus selalu juga tok guru mengaji ema suruh ema ajar budak2 lain mengaji.. hehe kiranya adalah juga bakat jadi seorang pengajar. Maybe ema garang ngn adik2 ema je kot. Almaklumlah ema ni kak long so kenalah tegas sikit (padahal nak tunjuk yang kita ni pandai je hahahaha)..
Banyak sebenarnya kenangan kita bersama2 dengan warga pendidik ni kan. tak kisahlah yang pegang jawatan cikgu tadika, cikgu sekolah, cikgu mengaji, & pensyarah university. keprihatinan & kesabaran diorang dalam membimbing kita sehingga kita berjaya ke puncak menara gading tak terbalas rasanya. Cikgu ema pernah cakap, hadiah yang paling diorang inginkan adalah kejayaan anak2 didik mereka. walaupun kita longgokkan segunung permata depan diorang, kita masih lagi tak mampu membalas jasa diorang mendidik kita.
Oleh itu, di kesempatan ini ema nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU" kepada semua warga pendidik terutamanya guru2 di TADIKA GRAMMAR K.TERENGGANU, SRJKC CHUNG HWA WEI SIN K. TERENGGANU, SMK CHUNG HWA WEI SIN K.TERENGGANU, SMK SETIA WANGSA K. LIPIS, SMK KUALA LANAR K.LIPIS & pensyarah2 di UNISEL.
No comments:
Post a Comment