Wednesday 8 August 2012

Karnival Ramadhan 2012



Assalamualaikum semua, dikesempatan ini, ema ingin mengajak anda semua menyertai 1 program ilmu menarik yang akan berlangsung hujung minggu ni iaitu KARNIVAL RAMADHAN 2012. 

Masuk adalah PERCUMA! Semua di jemput hadir beramai-ramai ke Dewan Majlis Perbandaran Nilai pada 12 Ogos 2012 (Ahad) untuk program yang bakal mencipta impak dalam hidup anda seisi keluarga. Jom ramai- ramai kita jumpa kat sana.


Pelbagai Acara Menarik, antaranya Gerai Jualan Aidilfitri, Pertandingan Nasyid Jemputan DCL, pertandingan Mewarna, Pameran Pembebasan Aqsa, Bicara Buku dan banyak lagi. Acara bermula dari jam 2.00 petang sehingga 11.00 malam.

Acara Kemuncak adalah FORUM BICARA SELEBRITI yang mengupas tajuk "MAMPUKAH SELEBRITI BERPERSONALITI ISLAMIK MENJADI IKON REMAJA MASA KINI?". Antara panelnya ialah:  

Ustazah Pilihan - Ustazah Firuz Akhtar

Imam Muda  - Hizbur Rahman

Personaliti TV AlHijrah - Ardi Herman


Selebriti TV AlHijrah - Irma Hasmie

Selain itu ada acara pertandingan Mewarna yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu: 

Kategori A : 5 - 8 Tahun
Kategori B : 9 - 12 Tahun


- Gambar akan disediakan oleh pihak kami

- Sila bawa pensil warna sendiri

- Tidak dibenarkan warna selain daripada pensil warna

- Digalakkan membawa alas / meja mewarna 

- Masa pertandingan : 3.00 Petang (Tempoh 1 jam)

- Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)

- Hadiah Menarik!!!!
* Masuk je pertandingan terus dapat doorgift
* Dapat baucer tebus gnius @ dgnius pada harga PROMOSI
* Hadiah Pertama/Kedua/Ketiga & 10 saguhati menanti anda 

Selain dari itu, dengan setiap pembelian produk DCL berjumlah RM50, anda layak mendapat satu kupon Pertandingan Teka Pek Red Guara Cafe Dalam Kereta Viva. Hadiah bagi pemenang yang dapat meneka jumlah paling hampir adalah :

1) Water Treatment Bernilai lebih RM2K
2) Produk Bernilai RM1K
3) Handphone

JOM SEMUA!! KITA JUMPA KAT SANA!!! 

No comments:

Post a Comment