Thursday, 2 August 2012

Tanda-Tanda Proses Detoksifikasi

Pengalaman detoksifikasi adalah berbeza dari individu ke individu, semua ini bergantung kepada kandungan toksin di dalam badan anda dan keadaan kesihatan anda.

Semasa bermula proses detoksifikasi, anda mungkin terasa lemah. Keadaan ini adalah normal kerana pada ketika ini, badan akan menyingkirkan toksin (tersimpan dalam sel lemak dan organ) ke dalam sistem peredaran darah untuk dilupuskan dari badan.

Pada 5 hari pertama, anda mungkin menghadapi simptom yang kurang menyenangkan seperti:

  • Pembuangan air besar dengan lebih kerap daripada 1 x sehari
  • Mengeluarkan Najis hitam yang berbau Busuk
  • Buang air kecil yang lebih kerap
  • Keletihan, mengantuk, mudah naik marah
  • Lidah bersalut putih, mulut berbau, ulser mulut
  • Sakit kepala, rasa loya, muntah & Demam
Kesemua simptom ini merupakan tanda-tanda yang badan anda dalam proses pembersihan. Semakin banyak toksin di dalam badan anda, semakin banyak simptom yang mungkin anda hadapi.




Nu-Clonz Berfungsi Sebagai Detoks untuk Usus.




Keadaan yang kurang menyenangkan ini akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari badan dan badan anda menjadi sihat semula. Pada hari ke-7, anda akan terasa lebih segar, dan bertenaga.




Krisis Pemulihan 

Krisis pemulihan berlaku apabila anda nyahtoksin dengan terlalu cepat sedangkan badan anda tidak dapat melupuskan kesemua toksin tersebut. Anda mungkin berasa tidak selesa dan anggap program ini tidak berfungsi. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, simptom yang dialami semasa krisis pemulihan mungkin sama atau lebih teruk daripada yang biasa anda hadapi.

Krisis pemulihan ini, walaupun tidak berpanjangan, mungkin boleh menghalang anda daripada meneruskan program detoksifikasi. Anda perlu memahami bahawa keadaan ini adalah normal dan bukan satu tanda negatif – proses pembersihan dalaman sedang berlaku dan toksin yang tersimpan di dalam badan sedang dikeluarkan ke dalam sistem peredaran darah untuk dilupuskan dari badan.





Jika anda mengalami krisis pemulihan yang teruk, perlahankan program detoksifikasi anda. Meneruskan detoksifikasi dengan terlalu cepat mungkin menyebabkan toksin diedarkan semula ke seluruh badan.
  • Kurangkan dos Nu Clonz kepada 1 Biji x 1 hari. 
  • Minum air yang banyak.
Apabila simptom beransur hilang, teruskan dengan program detoksifikasi.

Nu Clonz membantu menghilangkan Perut Berayun macam ni.
Credit to Kak June Cantek


Call/Mesej 017-9430121
Email:emacantek@gmail.com

No comments:

Post a Comment